MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sadar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan perintah serta larangan Alloh SWT. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang sebelumnya tidak terjangkau oleh akal manusia.
Manusia hanya boleh sujud kepada Alloh SWT, dan ada dalam dua bentuk, yaitu sujud lahiriah seperti ketika sholat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Alloh SWT dan menjauhi larangan-Nya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dekat dengan Alloh SWT dan para ulama mendakwahkan kepada kita untuk melakukan sujud lebih lama.
Oleh karena sujud memiliki faedah yang sangat berarti untuk diri kita, khususnya dalam segi kesehatan, misalnya saja adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Dalam sujud usahakan untuk mengatur pernapasan dengan baik dan teratur. Beberapa faedah sujud yang sangat dibutuhkan untuk kesehatan kita, yaitu antara lain:
– membetulkan kedudukan buah pinggang yang keluar sedikit dari tempat asalnya. – membetulkan pundi peranakan yang jatuh. – menghilangkan sakit hernia. (burut) – mengurangi sakit perut yang melilit ketika haid. – melegakan paru-paru yang sesak terutama bagi perokok.
– mengurangkan saki pada penyakit apendiks(usus buntu) atau limpa(liver). – kedudukan sujud adalah paling baik untuk beristirahat dan tulang pungung. – meringankan bahagian pelvis. – memberi dorongan supaya mudah tidur. – menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
– pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
– bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
– mengurangkan kegemukan.
– pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
– organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
– mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. Wahlohhualam bisawab

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s